2007 // WAWAS! Wawasan Anak Singa!
|

WAWAS! merupakan persembahan Sang Singa Purba di seberang tambak yang pertama. Diundang oleh Dewan Bahasa & Pustaka sempena acara Festival Teater Kecil, Sang Singa Purba telah menutup tirai festival itu dengan persembahan selama tiga hari di Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur dari 28 ke 30 Disember 2007. Dengan tema Wawasan Anak Singa, Sang Singa Purba telah melakonkan semula tiga pementasan pendek yang merupakan naskah bagi pertandingan Gema Puisi Artistik 2005 dan 2007 yang juga telah memenangi beberapa anugerah.
Selain dari memberikan nafas baru dengan pelakon-pelakon yang berbeza, cabaran utama ialah mengendalikan persiapan di antara Singapura dan Malaysia. Kami juga bertuah untuk mementaskan kembali naskah Noor Hasnah Adam, “Wawasan Anak Geylang Serai” yang telah memenangi tempat pertama dengan kumpulannya dari Sekolah Menengah West Spring. Antara naskah yang dipersembahkan juga ialah “Dot.Dot.Dot.”,”Pelita” & “S.H.I.T”.
WAWAS! telah berjaya menarik perhatian penonton di Malaysia mahupun Singapura tentang teater underground seperti Sang Singa Purba melalui media massa yang telah memberikan liputan luas seperti lelaman Dewan Bahasa, SPH Berita Harian, Mediacorp TV12 Suria Segar, Mediacorp Radio Warna 94.2FM dan juga Majalah Dewan Budaya. Sang Singa Purba amat berterima kasih kepada Lee Foundation bagi tajaannya dan Kesatuan Guru Melayu Singapura bagi sokongannya
APA KATA PENONTON // AUDIENCE COMMENTARY
'Kesuluruhan bagus. Saya kagum dan yakin, SSP benar-benar memperjuangkan seni, budaya dan Melayu. Tahniah!' - Encik Yusnor Ef, PERKAMUS Singapura
'Begitu dekat dengan masyarakat Singapura dan berjaya mengungkapkan segala masalah Melayu di sana. Tahniah.' - Encik Wahab, Pengarah Teater Dewan Bahasa & Pustaka, KL
'Saya masih rasa meremang bulu roma biarpun sudah keluar dari dewan teater. Baik dan saya yakin boleh lebih cemerlang. Syabas.' - Encik Salleh Buang, Penggiat & Aktivis Teater Singapura
'Saya tak sangka teater WAWAS menarik. Saya sangkakan Teater ini pasti membosankan, sama seperti teater-teater lain yang pernah saya tonton. Berbaloi wang kami!' - Cik Haslinda, Pengurus CitiBank. Kuala Lumpur
*NOTA: Tercatit di atas adalah petikan dari komen-komen beberapa penonton dan bukan ulasan. Semua komen telah diberikan secara bebas & kolektif kepada Penasihat kami, Noor Hasnah Adam.
|
|
Archive |
Welcome and feel free to screen through our past performances!
Why is it in Malay? We're a Malay Theatre Group and we aim to promote the beauty of the Malay Language to everyone! Terima Kasih.
For event photos, please do proceed to Gallery.
Brace yourself for our AKAN DATANG : SEASON 2008 - 2009
|
| |
|
|
|