Ahad March 8 2009, menyaksikan 3 ahli keluarga Sang Singa Purba mempersembahkan puisi di Taman Warisan bersama Cikgu Hasnah Adam dan juga rakan seangkatan Cikgu Qamarul. Acara yang dinamakan "Baca Puisi Nusantara" itu diadakan sempena Seminar Sastera 2009 Bengkel Puisi Tradisional, Seminar Islam dan Puisi. Dengan bertajuk Peranan Puisi dalam Masyarakat: Memperjuang dan Melestarikan Tingkat Apresiasi.
Sang Singa Purba diwakili Siti Zalinah Adam, Izzati Ismail dan Nur Filzah Abdul Rahim. Puisi yang dibacakan adalah puisi dari Riau tentang adab dan tradisi orang melayu. Antara pembaca puisi malam itu ialah penggiat seni En. Rafaat Hamzah dan penyanyi terkemuka En. Art Fazil. Professor Zefri dari Brunei Darulsalam dan Abg Bung Kancil, yang telah bersama dalam acara Semarak Kasturi 2008, juga telah turut serta pada malam tersebut. Berita Jam 8 di SURIA telah melaporkan tentang acara yang melestarikan bahasa dan budaya Melayu ini.
Archive
Welcome and feel free to screen through our past performances!
Why is it in Malay? We're a Malay Theatre Group and we aim to promote the beauty of the Malay Language to everyone! Terima Kasih.